Suhakam tak setuju pelarian Myanmar dihantar pulang
Suhakam berkata, perang saudara di Myanmar masih berterusan, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan keganasan masih berlarutan, selain situasi hak asasi manusia yang semakin memburuk. Menurutnya, menjadi kelaziman dalam undang-undang antarabangsa bahawa pelarian tidak sepatutnya dihantar pulang ke negara asal mereka sekiranya berdepan risiko nyata penganiayaan, penyiksaan atau bahaya serius lain. “Prinsip itu mengikat semua negara tanpa mengira sama ada mereka merupakan pihak kepada Konvensyen Pelarian atau tidak.
Ini bermakna Malaysia, walaupun bukan pihak dalam Konvensyen Pelarian, terikat mematuhi prinsip tersebut. “Justeru, Malaysia dilarang oleh undang-undang antarabangsa daripada menghantar pulang mana-mana pelarian atau pencari suaka ke Myanmar sekiranya terdapat risiko munasabah nyawa atau kebebasan mereka akan terancam disebabkan ras, agama, kewarganegaraan, keahlian dalam kumpulan sosial tertentu atau pegangan politik.
Why it matters
It highlights a clash between Malaysia's repatriation plan and international refugee protection standards.
